sell double grill pan from ARE and Happ Call as well as sharing the recepies...enjoy :)

Wednesday 26 September 2012

2/356 (UBI MANIS BAKAR)

  

Assalammualaikum semua..

Sempena musim hujan yang minggu ni, Arinie terkenangkan ubi kayu rebus dimakan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan gula..sgt yummy! Tambah-tambah kalau makan masa hujan, berebut dengan adik beradik lain. Kalau yang 3-4 beradik tu xpe lagi.Kalau yang 10 beradik memang lagi nikmat la.Bila habis? Minta mak rebus lagi…confirm xde feel nk makan. Kan?

Tapi untuk resepi kedua ni, Arinie nk share resepi ubi manis atau dikenali sebagai golden sweet potato.  Ubi yang mana ni??? Alaaaa…..Kalau korang pergi Jusco, perasan tak ade gerai kecil yang jual ubi manis? Yang warna ungu tu.. Yang tu la….Selalunyer diorang akan stim ubi tersebut. Rupa-rupanya set pemanggang ajaib pun boleh bakar ubi manis ni. Sila la percaya..:) Ubi manis ni senang je nak dapatkan. Pasar malam Taman Pekaka, Nibong Tebal (Ahad) dan Jam besar Parit Buntar (Jumaat) pun ada.
Resepi ni untuk 2-4 orang. Hanya 5 minit diperlukan untuk penyediaan.

Bahan:
4-6 ubi keledek manis

Cara-cara
  1. Bersihkan segala kotoran tanah yang terdapat dikulit ubi manis menggunakan air. (mana-mana yang busuk perlu dibuang)
  2. Biarkan ubi manis kering.(Jika nak cepat boleh guna tuala dapur/ tisu
  3.  Susun didalam set pemanggang ajaib, kemudian tutup dengan rapat
  4.  Panaskan diatas dapur dengan api yang sederhana selama 20 minit (Masa memasak bertambah berkadar langsung dengan saiz ubi manis tersebut)    Eceh! BERKADAR LANGSUNG TU…Hahahaha..:)
  5.  Setiap 5 minit, terbalikkan set pemanggang supaya ubi manis masak dengan jayanya.
  6. Apabila sudah masak, buka set pemanggang dan cucuk dengan pisau atau garfu untuk memastikan isi ubi telah masak.(selalunya kulit ubi manis akan hitam apabila telah masak.
**Anda boleh balut aluminium coil untuk mengelakkan ubi manis terhangit, selain itu kulit ubi tidak melekat pada lapisan set pemanggang**

:: credit to Cuisine Paradise::

Jom kita cuba,
::Arinie::                              

Wednesday 19 September 2012

1/356 (AYAM BAKAR ANAK BERKUMPUL)

Assalammualaikum...

Hari ini Arinie akan mula untuk berkongsi resepi yang kita boleh masak menggunakan pemanggang ajaib yang memang mudah lagi memudahkan..hehehe...

memang la banyak buku resepi dipasaran, tapi semua orang suka tgok buku. Ada yang lebih suka online!

Ok, untuk resepi yang pertama ini memang korang tak kan jumpa di mana-mana buku resepi. Resepi memang takde nama selama ini. tapi........... hari ini ade nama..nak tau???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AYAM BAKAR ANAK BERKUMPUL

xpernah dengar kan??  orait... Arinie beri resepi dulu... nk tahu kenapa nama resepi tu mcm tu?? sila la like Facebook Set Pemanggang Ajaib by Arinie Trading. Arinie janji bila dah sampai 100 orang like Arinie akan beritahu kenapa nama resepi yang pertama ini sangat-sangat special,simple dan lazat.wink2!

Bahan-bahan
1. Ayam sebelah
2. 1/2 Perencah Sup Adabi 70sen
3. 3 sudu madu
4. 2 sudu susu tepung
5. 5 sudu sos cili
6. 4 sudu sos tiram

tu je! senang kan...

Cara memasak
Baca doa dan selawat.
Campur je semua sekali,gaulkan...
then..masukkan dalam pemanggang.
masak dengan api perlahan.
(nk sedap lagi,perap 30 min.. kalau rasa family korang dah lapar,tak payah perap.ngeh3!)

Ni memang resepi express... so, tiada alasan untuk tidak memasak..

selamat mencuba,
::Arinie::