sell double grill pan from ARE and Happ Call as well as sharing the recepies...enjoy :)

Saturday 6 October 2012

3/356 (NASI CLAYPOT)


Salam semua,

Majoriti tesco kat Malaysia ni ade mee claypot n nasi claypot. Peberet Arinie adalah mee claypot di Mydin Bukit Jambul...(Ayat..tahape-hape!)

Kesimpulannya, walaupun di tesco ade masakan claypot, yang terbaek bagi Arinie adalah di Mydin BJ.:)
Tak pernah pulak try nasi claypot,rupa-rupanya...set pemanggang pun mampu masak nasi claypot.isk2!! Senangnyer.. 

Berikut adalah resepi yang ingin dikongsi. Version Muslim!

Hidangan:2-3 orang 
Masa : 30 minit

Bahan-bahan:
2 peha ayam yang telah dibuang tulang
3-4 kentang cina (arrowhead)
4 cendawan shittake
2 sosej
sedikit sayur Bok Choy (boleh ganti dengan sawi)
2 potong halia
3 ulas bawang putih
1 cawan beras yang telah dibersihkan
1 1/2 cawan air
1 sudu miyak bijan
sedikit kicap pekat

Cara memasak:

1) Panaskan Set pemanggang ajaib (SPA), masukkan 1 sudu minyak bijan bersama bawang putih dan halia.   Kemudian, tambah cendawan dan biarkan selama 1 minit.

2)Buka SPA, tambahkan sayur bersama serbuk ayam.Biarkan selama 1 minit

3)Buka SPA, pindahkan sayur yang telah masak ke pinggan lain.

4) Masukkan beras bersama air dan kentang cina. Biarkan beras masak selama 3-5 minit sehingga menjadi nasi.

5)Susun ayam yang telah diperap, cendawan dan kicap diatas nasi. tutup SPA kembali selama 5 minit supaya ayam masak.

6)Akhir sekali, tutup api. Buka SPA, sayur diatas nasi. Kicap dan minyak bijan dituang sedikit diatas nasi. Tutup SPA kembali selama 5 minit sebelum dihidang.

creadit to Cuisine Paradise
Selamat mencuba,
Sebelum pergi Tesco, makan kenyang2!...Jimat duit..:)

Wednesday 26 September 2012

2/356 (UBI MANIS BAKAR)

  

Assalammualaikum semua..

Sempena musim hujan yang minggu ni, Arinie terkenangkan ubi kayu rebus dimakan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan gula..sgt yummy! Tambah-tambah kalau makan masa hujan, berebut dengan adik beradik lain. Kalau yang 3-4 beradik tu xpe lagi.Kalau yang 10 beradik memang lagi nikmat la.Bila habis? Minta mak rebus lagi…confirm xde feel nk makan. Kan?

Tapi untuk resepi kedua ni, Arinie nk share resepi ubi manis atau dikenali sebagai golden sweet potato.  Ubi yang mana ni??? Alaaaa…..Kalau korang pergi Jusco, perasan tak ade gerai kecil yang jual ubi manis? Yang warna ungu tu.. Yang tu la….Selalunyer diorang akan stim ubi tersebut. Rupa-rupanya set pemanggang ajaib pun boleh bakar ubi manis ni. Sila la percaya..:) Ubi manis ni senang je nak dapatkan. Pasar malam Taman Pekaka, Nibong Tebal (Ahad) dan Jam besar Parit Buntar (Jumaat) pun ada.
Resepi ni untuk 2-4 orang. Hanya 5 minit diperlukan untuk penyediaan.

Bahan:
4-6 ubi keledek manis

Cara-cara
  1. Bersihkan segala kotoran tanah yang terdapat dikulit ubi manis menggunakan air. (mana-mana yang busuk perlu dibuang)
  2. Biarkan ubi manis kering.(Jika nak cepat boleh guna tuala dapur/ tisu
  3.  Susun didalam set pemanggang ajaib, kemudian tutup dengan rapat
  4.  Panaskan diatas dapur dengan api yang sederhana selama 20 minit (Masa memasak bertambah berkadar langsung dengan saiz ubi manis tersebut)    Eceh! BERKADAR LANGSUNG TU…Hahahaha..:)
  5.  Setiap 5 minit, terbalikkan set pemanggang supaya ubi manis masak dengan jayanya.
  6. Apabila sudah masak, buka set pemanggang dan cucuk dengan pisau atau garfu untuk memastikan isi ubi telah masak.(selalunya kulit ubi manis akan hitam apabila telah masak.
**Anda boleh balut aluminium coil untuk mengelakkan ubi manis terhangit, selain itu kulit ubi tidak melekat pada lapisan set pemanggang**

:: credit to Cuisine Paradise::

Jom kita cuba,
::Arinie::                              

Wednesday 19 September 2012

1/356 (AYAM BAKAR ANAK BERKUMPUL)

Assalammualaikum...

Hari ini Arinie akan mula untuk berkongsi resepi yang kita boleh masak menggunakan pemanggang ajaib yang memang mudah lagi memudahkan..hehehe...

memang la banyak buku resepi dipasaran, tapi semua orang suka tgok buku. Ada yang lebih suka online!

Ok, untuk resepi yang pertama ini memang korang tak kan jumpa di mana-mana buku resepi. Resepi memang takde nama selama ini. tapi........... hari ini ade nama..nak tau???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AYAM BAKAR ANAK BERKUMPUL

xpernah dengar kan??  orait... Arinie beri resepi dulu... nk tahu kenapa nama resepi tu mcm tu?? sila la like Facebook Set Pemanggang Ajaib by Arinie Trading. Arinie janji bila dah sampai 100 orang like Arinie akan beritahu kenapa nama resepi yang pertama ini sangat-sangat special,simple dan lazat.wink2!

Bahan-bahan
1. Ayam sebelah
2. 1/2 Perencah Sup Adabi 70sen
3. 3 sudu madu
4. 2 sudu susu tepung
5. 5 sudu sos cili
6. 4 sudu sos tiram

tu je! senang kan...

Cara memasak
Baca doa dan selawat.
Campur je semua sekali,gaulkan...
then..masukkan dalam pemanggang.
masak dengan api perlahan.
(nk sedap lagi,perap 30 min.. kalau rasa family korang dah lapar,tak payah perap.ngeh3!)

Ni memang resepi express... so, tiada alasan untuk tidak memasak..

selamat mencuba,
::Arinie::


Friday 31 August 2012

HAPPYCALL DOUBLE PAN•STANDARD




PRODUCT FEATURES


Harmless Special Silicon Pressure Packing
The US company Dow Corning's special silicon (approved by US FDA) equipped for the pan enhances the pressure inside the pan enabling the speedy cooking with its improved thermal efficiency even on a low heat, which brings you less nutrition loss helping your pleasant cooking with minimized smoke and smell. 
http://i120.photobucket.com/albums/o200/Julliant/spacing.jpg
Convenient Function of Oil Tray
This is a drip tray device preventing oil and moisture from dripping down when you open the upper pan. If you put your food in the lower pan while using the upper pan only for its lid purpose, you can avoid your pan becoming dirty due to oil or moisture running down along its surface. 
Ceratinum(Ceramic+TItanium) Three-Layer Coating
As the product is treated with the three-layer coating of Ceratinum baked at the high temperature of 430°C, its coating effect is so strong and solid that there is less concern about your food burning to stick on the bottom. Besides, its slick bottom makes cleanup after cooking easy and simple.
http://i120.photobucket.com/albums/o200/Julliant/spacing.jpg
Strong Magnetic Handles
With an innovative one-touch mode convenient for you to open and close the pan, the handles fixed and tightened up on the body of the pan with strong magnetic force enhance the pressure inside the pan. Their ergonomic design relieving wrist fatigue brings you the better grip feelings.

Wednesday 29 August 2012

BAWAL MASAK STIM

BAWAL MASAK STIM dengan PEMANGGANG AJAIB


Seekor bawal (muat pemanggang) @ siakap pun boleh juga..
letak dlm pemanggang, isi air agak2 tenggelam lebih sedikit sebahagian badan bawal.
kalau ada air perahan limau yg readymade blh campur sekali @ perah limau kasturi @ limau nipis atas
badan bawal dan air
letak 4 biji asam boi yg masam masin
serai ketuk @ potong nipis2 tabur dlm pemanggang atas ikan
bawang besar hiris nipis dan tabur
halia-lebih skit takpe..potong panjang2 nipis2, tabur atas ikan dan air dlm pemanggang
bawang putih potong nipis dan halus-tabur
daun sup@ pudina, tabur
tomato potong besar2 dan tabur
ketuk2 cili padi dan tabur, nak lbh pedas lbhkan cili
cili merah potong nipis-jika nak nampak ada warna merah berseri pada masakan utk ngamkan dgn warna hijau daun sup @ pudina
letak pemanggang atas dapur gas, buka api sederhana, dan tutup bhgn atas pemanggang sampai rapat
blh cucuk isi ikan, bila sempurna masak blh angkat dan ready utk hidangan :)

 







 Sumber : http://e-shop-murah-ori.blogspot.com/2011/10/resepi-pemanggang-ajaib.html





BENGKANG ROTI

BENGKANG ROTI dengan PEMANGGANG AJAIB


sebuku roti, sekotak kecil santan, gula, secubit garam, kalau nak lembut @ naik sikit letak secubit baking powder, tepung gandum secawan, telur sebiji, minyak sket @ mentega, roti koyak2 dan rendam air sket, pastu pukul telur, masukkan santan, gula, garam, baking powder, minyak/mentega kacau semua pastu gaul ngan roti yg direndam, last gaul dgn tepung, masukkan dlm pemanggang, bakar api slow, tgk bhgn tgh bengkang mcm dah masak kuatkan sikit api jika nak nampak mcm garing, blh terbalikkan pemanggang jika nak ke2 bahagian nampak garing atas dan bwh..yg pasti tak melekat langsung dgn pemanggang ni, pastu trs letak atas pinggan dgn mudah :) :)




inilah hasilnya!!!!








PIZZA

PIZZA dengan PEMANGGANG AJAIB



pizza
roti: tepung gandum 2@2.5 cawan, garam sikit, susu tepung secamca besaq gaul sebati. yis jenama MAURIPAN yg serbuk satu@2 camca kecik (kalau jenama lain roti pizza mcm kurang lembut) +gula 2 camca kecik bancuh dgn stgh cawan air..biaq sekejap..biar skjp sampai ada buih2 dlm cawan bancuhan yis dan gula tu. lps tu masukkan air bancuhan tu dlm adunan tepung..uli sikit2 kalau kurang air tambah sikit2...bg jd doh lembut..pastu biar sejap dlm 10 minit bg doh naik sikit.
inti: masak ayam+hotdog dgn sos spagety prego stgh tin,tambah garam gula sekucup rasa..nak pedas tambah sos cili sikit...
cara: adunan roti canaikan @ tekan2 ke bentuk 4 segi ikut size pemanggang ajaib , pastu ambik inti tadi letak atas roti bg sama rata..cincang bawang..lada benggala, isi ketam (ikut suka nak boh apa lagi)..pastu yg penting MOZARELLA CHEESE tabur atas inti last sekali..lagi byk lg bagus..yg tu bl tarik jd macam tali2 tu..hehheh..lps dah tabur semua bakar la dlm pemanggang dgn api slow...tutup pemanggang, dlm 10-15 min tgk keju tu cair  sikit..nampak roti tepi2 @ bawah mcm dah garing...blh la angkat...selamat mencuba..mmg blh save budget dr makan kat pizza hut...hehhehe

inilah hasilnya!!!!

IKAN KEMBUNG PERCIK

Sumber: https://plus.google.com/photos/115229918120408891373/albums/5767679945221244129/5767679947368260386https://plus.google.com/photos/115229918120408891373/albums/5767679945221244129/5767679947368260386

SET PEMANGGANG AJAIB





Peralatan Masak Serbaguna - Happy Call  

yang kami tawarkan adalah original, import  dengan kemasan Korea.

Harga Produk ini dijual di pasaran dgn harga RM385.00.....walaupun selepas potongan diskaun di Groupon, harganya masih tinggi



Kami menawarkan Happy Call- Double Side Grill Pan pada harga RM 99.90.

Specifikasi Barangan:
  • Model: Happy Call frying pan
  • Dimensions: 28cm (L) x 21.5cm (W) x 6.5 cm (H)
  • Material: aluminium diliputi tiga lapisan titanium
  • Beratt: 2.5kg
  • Warna: Merah
  • Pemegang bermagnet untuk masakan tekanan tinggi
  • Jalur silicon memerangkap aroma masakan tanpa mengbebaskan asap
  • Masakan tidak melekat pada periuk (Non-stick frying pan)

Set jualan merangkumi:
  • 1x Happy Call frying pan
  • 1x buku panduan pengunaan
  • 1x kad jaminan
  • Percuma Sudip kayu


Permukaan bergerigi bagi saiz 30 cm & 32 cm

Made in Korea







Hubungi kami melalui

Email        :   arinietrading@gmail.com


Facebook :   ariniepemanggangajaib


NASI AYAM

Nasi Ayam
sumber:My Resepi


Bahan-bahan ( 6 org mkn kot.. )


1 Ekor ayam-belah 4, bersih n tos
bahan utk perap ayam
-4 sudu besar sos cili
-3 sudu besar kicap manis
-2 ulas garlic-tumbuk halus
-garam n gula-perasakan-elok manis skit
bahan utk sup
-2 ulas bwg putih, ketuk
-1 btg serai-ketuk
-1 inci halia-ketuk
-1 sup bunjut
Bahan utk cili
- 3 bijik tomato masak
-3 ulas bwg putih
-3 biji cili merah
-4 biji cili api-nk pedas ltk lebih
-cuka makan skit-agak-agak blh blend bhn utk cili
-garam n gula,-sesuaikan
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara


1.pas bersih ayam, rebus ayam dalam air yg byk(sebab air ni nanti blh bt sup, dan masak nasi. masuk bwg putih, serai yang diketuk, masuk skit garam.


2.rebus ayam - agak dah masak terus angkat. Ambik air rebusan lebih tadi anggaran 4 cawan untuk masak nasi.yang lebih biar dalam periuk, tambah serai dan sup bunjut. perasakan-nah! sup dah siap(biar mereneh sekejap)


3.k, utk nasi plak.. basuh beras, masuk dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, halia skit, serbuk kunyit( skiiit je..) tumis (dlm kuali) dengan marjerin 1 ulas bwg putih n bwg merah (mayang halus) masuk sekali. on je rice cooker, nasi pun dh siap..oops lupa plak,msk daun pandan yg disimpul skali,baru nasi ni wangi..


4.perap ayam yang direbus tadi ngan kicap manis, sos cili, bawang putih, -perasakan ngan garam dan gula-tp biar manis skit-baru best..perap je dalam 1/2 jam.make sure guna penyepit n sudu,jgn guna tangan k..sbb bahan perap ayam ni kita leh buat sos kicapnya..


5.utk cili plak- blend suma bahan utk cili tadi-perasakan ngan garam n gula, cili pun dah siap..
dah agak 1/2 jam. goreng ayam, angkat, ketuk skit dan potong kecil-kecil 


6.utk sos kicap plak-ambik bahan perapan ayam tadi, tapis n tambah kicap jika perlu. perasakan.
bleh makan ngan timun, salad dan tomato hiris. senang je kan.. rasa pun lain dari yang lain.. try la klau x pecaya..

Salam satu blogger...


Entry kali nie kiter nak bercerita tentang satu alat dapur yg baru kiter beli...hehehe..jangan ada yg kata kiter nak promote yea..kiter bukan penjual alat nie..kiter cuma nak cerita senangnya kiter bakar ayam guna alat nie...emm...alat ape yea..???







Ini la alat yg kiter maksudkan...namanya "Pemangang Ajaib" keluaran syarikat menang..Harga yg kiter beli Rm129..Memang agak mudah menggunakan pemangang nie..masukkan bahan yg nak di masak/bakar atau stim..lepas tu letak je atas dapur gas..boleh balik2kan..utk masak keseluruhan...


Menu pertama yg kiter cuma masak menggunakan pemanggang nie ialah Nasi Ayam..utk nasinya macam biasa la kiter gunakan periuk elektrik..tapi utk ayamnya kiter gunakan pemanggang nie la..muat2 utk seekor ayam sederhana besar...


Nie la rupanya ayam yg kiter panggang dalam alat pemangang ajaib nie...yg hitam2 tu bukan hanggit hokay...itu adalah kicap pekat manis yg kiter buat perap ayam tu....x payah letak minyak..coz alat nie non stick..panggang je terus...emm..harum je baunya...rasanya pun sedap..lembut je isi ayam tu...


Taraaaa..rupa nasi ayam yg saya masak...hahaha..ok la kan..bahan2 x cukup pun..saja nak try alat tu sebenarnya...so buat je simple2...tapi sedap tauu...Pada yg bekenan nak beli alat pemangang ajaib ni boleh la beli dari online ke..atau cari la agen syarikat menang yg berdekatan dengan anda...
Dan pada yg nak resepi Nasi ayam ringkas kiter nie..boleh je kiter kongsikan kat sini..resepi ni pun kiter amik dari MYR..

 

Sumber : http://darisudutdapurku.blogspot.com/2011/10/nasi-ayam-dan-pemangang-ajaib.html