Assalammualaikum semua..
Sempena musim hujan yang minggu ni, Arinie terkenangkan ubi
kayu rebus dimakan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan gula..sgt
yummy! Tambah-tambah kalau makan masa hujan, berebut dengan adik beradik lain.
Kalau yang 3-4 beradik tu xpe lagi.Kalau yang 10 beradik memang lagi nikmat
la.Bila habis? Minta mak rebus lagi…confirm xde feel nk makan. Kan?
Tapi untuk resepi kedua ni, Arinie nk share resepi ubi manis
atau dikenali sebagai golden sweet potato.
Ubi yang mana ni??? Alaaaa…..Kalau korang pergi Jusco, perasan tak ade
gerai kecil yang jual ubi manis? Yang warna ungu tu.. Yang tu la….Selalunyer
diorang akan stim ubi tersebut. Rupa-rupanya set pemanggang ajaib pun boleh
bakar ubi manis ni. Sila la percaya..:) Ubi manis ni senang je nak dapatkan.
Pasar malam Taman Pekaka, Nibong Tebal (Ahad) dan Jam besar Parit Buntar
(Jumaat) pun ada.
Resepi ni untuk 2-4 orang. Hanya 5 minit diperlukan untuk
penyediaan.
Bahan:
4-6 ubi keledek manis
Cara-cara
- Bersihkan segala kotoran tanah yang terdapat dikulit ubi manis menggunakan air. (mana-mana yang busuk perlu dibuang)
- Biarkan ubi manis kering.(Jika nak cepat boleh guna tuala dapur/ tisu
- Susun didalam set pemanggang ajaib, kemudian tutup dengan rapat
- Panaskan diatas dapur dengan api yang sederhana selama 20 minit (Masa memasak bertambah berkadar langsung dengan saiz ubi manis tersebut) Eceh! BERKADAR LANGSUNG TU…Hahahaha..:)
- Setiap 5 minit, terbalikkan set pemanggang supaya ubi manis masak dengan jayanya.
- Apabila sudah masak, buka set pemanggang dan cucuk dengan pisau atau garfu untuk memastikan isi ubi telah masak.(selalunya kulit ubi manis akan hitam apabila telah masak.
**Anda boleh balut aluminium coil untuk mengelakkan ubi
manis terhangit, selain itu kulit ubi tidak melekat pada lapisan set
pemanggang**